Friday, November 6, 2009

Papar e-mail dalam bentuk gambar

Jika anda memaparkan e-mail di internet dalam bentuk teks, spambot atau e-mail harvestor software boleh menuai e-mail anda untuk dihantar berbagai e-mail spam yang menjual bermacam barang dan servis atau mengajak anda menjadi kaya macam mereka. Satu cara mengelakkan dari spambot atau software sebegini adalah memaparkan alamat email dalam bentuk gambar. Spambot atau e-mail harvestor software ini tidak boleh mengecam alamat e-mail anda tetapi pengunjung manusia boleh membaca alamat email tersebut.

Satu cara cepat dan mudah adalah pergi ke website  txtninja  . Disini anda boleh membuat alamat email dalam bentuk gambar berbagai saiz dan rupa. Links untuk diselit di website anda juga dibuat secara automatik kerana gambar tersebut dihostkan disitu juga. 

txtninja