Irfanview adalah salah satu program percuma kegemaran saya. Ia adalah kecil dan tidak membebankan komputer anda. Anda mungkin menyukainya juga terutamanya kerana anda tidak perlu bayar duit. Ia adalah perisian yang anda boleh gunakan untuk melihat dan edit mudah gambar-gambar dalam komputer. Selain mempunyai banyak cara untuk melihat gambar dalam berbagai format (djuv misalnya), ia boleh digunakan untuk mebuat edit-edit ringkas seperti:
1. Ubah saiz gambar.
2. Ubah format gambar contoh dari format jpeg kepada png.
3. Kurangkan saiz file gambar supaya lebih kecil untuk kegunaan web.
4. Edit warna, contrast, brightness gambar dll.
5. Memotong (crop) bahagian-bahagian gambar.
6. Menambah tulisan ke gambar.
7. Untuk capture screen shot.
Dan ia adalah percuma. Dapatkan ia di sini: Free software Irfanview. Terdapat juga berbagai plugin-plugin tambahan untuk kegunaan tertentu di situ.