Sunday, November 8, 2009

Perisian percuma untuk edit gambar : Irfanview

Irfanview adalah salah satu program percuma kegemaran saya. Ia adalah kecil dan tidak membebankan komputer anda.  Anda mungkin menyukainya juga terutamanya kerana anda tidak perlu bayar duit. Ia adalah perisian yang anda boleh gunakan untuk melihat dan edit mudah gambar-gambar dalam komputer. Selain mempunyai banyak cara untuk melihat gambar dalam berbagai format (djuv misalnya), ia boleh digunakan untuk mebuat edit-edit ringkas seperti:
1. Ubah saiz gambar.
2. Ubah format gambar contoh dari format jpeg kepada png.
3. Kurangkan saiz file gambar supaya lebih kecil untuk kegunaan web.
4. Edit warna, contrast, brightness gambar dll.
5. Memotong (crop) bahagian-bahagian gambar.
6. Menambah tulisan ke gambar.
7. Untuk capture screen shot.

Dan ia adalah percuma. Dapatkan ia di sini: Free software Irfanview. Terdapat juga berbagai plugin-plugin tambahan untuk kegunaan tertentu di situ.

komputer-irfanview

Friday, November 6, 2009

Papar e-mail dalam bentuk gambar

Jika anda memaparkan e-mail di internet dalam bentuk teks, spambot atau e-mail harvestor software boleh menuai e-mail anda untuk dihantar berbagai e-mail spam yang menjual bermacam barang dan servis atau mengajak anda menjadi kaya macam mereka. Satu cara mengelakkan dari spambot atau software sebegini adalah memaparkan alamat email dalam bentuk gambar. Spambot atau e-mail harvestor software ini tidak boleh mengecam alamat e-mail anda tetapi pengunjung manusia boleh membaca alamat email tersebut.

Satu cara cepat dan mudah adalah pergi ke website  txtninja  . Disini anda boleh membuat alamat email dalam bentuk gambar berbagai saiz dan rupa. Links untuk diselit di website anda juga dibuat secara automatik kerana gambar tersebut dihostkan disitu juga. 

txtninja

Lesen Software Uniblue DiskRescue Percuma

 komputer-malaysia-uniblue

Dapatkan  lesen Uniblue DiskRescue percuma secara sah untuk setahun. 

UniBlue Disk Rescue adalah software untuk defragment  hard disk anda. Lebih bagus dari guna built-in defragmentor utilty dalam Windows.

Pergi ke sini untuk mendapatkanya. Hanya perlu isikan nama dan email anda. Jangan tick kotak jika tidak mahu info-info lain ke email anda.

Anda akan terima download link dan cara activate software.

Seperti biasa selepas install anda klik "Register Now" dan isikan nombor serial yang anda terima di email,

Cepat sebelum tawaran tamat.